MUKADIMAH

1.1 Surau Al-istiqamah telah siap dibina pada bulan November 2005. Surau ini berukuran 28 kaki lebar dan 30 kaki panjang. Ia terletak di persimpangan Jalan Layang dan Jalan Panglin 2 di dalam daerah Johor Bahru.

1.2 Bilangan jemaah semakin bertambah ekoran pertambahan pesat penduduk islam di kawasan ini. Kedudukan lokasi surau ini yang terletak berdekatan dengan laluan utama kawasan perumahan juga turut menyumbang dalam hal ini.

1.3 Surau Al-istiqamah ini juga telah beberapa kali mengalami perubahan, pengubahsuaian infrastruktur termasuk pembesaran ruang solat utama dan juga kawasan luar masjid untuk menampung pertambahan jemaah tersebut.

1.4 Bermula 6hb Ogos 2010, surau Al-istiqamah telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Negeri Johor untuk mendirikan solat jumaat.

1.5 Secara fizikalnya surau ini agak kecil untuk menampung jumlah Jemaah yang semakin bertambah ramai terutama ketika Solat Jumaat. Oleh itu, para Jemaah sebulat suara bersetuju untuk melaksanakan projek menaiktaraf surau ini untuk mengatasi masalahini.

1.0              OBJEKTIF

2.1       Memohon kelulusan dan kebenaran untuk melaksanakan projek menaiktaraf surau untuk menggantikan surau yang sedia ada.

2.2       Mewujudkan satu tempat ibadah yang selesa dan luas untuk menampung dan memenuhi keperluan Jemaah yang semakin bertambah setiap tahun.

  
3.0         MAKLUMATSURAU SEDIA ADA

3.1              Maklumat surau
                                           I.                        Tarikh siap dibina        :           28 November 2005    
                                        II.                        Tarikh diguna              :           28 November 2005
                                     III.                        Muatan                        :           540 orang
                                     IV.                        Keluasan                     :


Gambar surau  :  Dilampirkan gambar surau ( rujukLampiran I)

                                        V.                        Ringkasan      

-          Surau sedia ada telah dibina pada tahun 2005 dan telah digunakan sejak 8 tahun yang lepas.

-          Bilangan penduduk semakin bertambah khususnya semasa solat Jumaat.

3.2              Maklumat penduduk setempat           :

                                           I.                        Terdapat lebih daripada 800 rumah yang didiami oleh keluarga Islam dan bujang di kawasan sekitar surau iaituJalan Panglin, Jalan Layang, Jalan Rawa, Kampung Tuah Jaya dan Taman Nusa Bestari. Ini bermakna jumlah penduduk Islam setempat mencecah lebih daripada 1600 orang secara purata termasuk mereka yang masih belum berkahwin seperti anak bujang dewasa penduduk, pelajar UTM dan pekerja swasta.








                                        II.                        Disamping penduduk yang tinggal tetap dan menyewa terdapathampir 200 orang lelaki mukallaf yang bekerja di Taman PulaiUtama dan berhampiran seperti jadual di bawah ini.Kawasan Bil / Orang.
Kompleks Membeli Belah Perling Mall
50
Kompleks Membeli Belah Giant dan Tesco
70
Kedai/Restoran di kawasam sekitar
50
Stesen Minyak
30
JUMLAH PEKERJA
200






3.3     Struktur Organisasi Pembinaan, Pentadbiran dan Pengurusan Surau

                                           I.                        Struktur Organisasi Jawatankuasa Surau Al-istiqamah
-          Sila rujuk Lampiran V

                                        II.                        Struktur Organisai Jawatankuasa Kecil Pembinaan Menaiktaraf Surau Al-istiqamah.
-          Sila rujuk Lampiran V

3.4              Pelan lokasi ,Rujuk Ruangan Kertas Kerja

                                  
3.5              Tapak berstatus milik Majlis Agama Islam Johor ( Kelulusan daripada MAIJ ). Rujuk Kertas Kerja

4.0              PEMBINAAN SEMULA SURAU AL-ISTIQAMAH

4.1              Jawatankuasa Pentadbiran surau Al-istiqamah telah bersetujusebulat suara untuk membina semula surau yang baru di atas tanah milik MAIJ.

4.2              Justifikasi keperluan pembinaan semula Surau Al-istiqamah

                                           I.                        Kepadatan penduduk yang tinggi dengan bertambahnya kawasan pembangunan baru yang banyak dibina di kawasan setempat yang menyumbang kepada pertambahan jumlah Jemaah.
                                        II.                        Kedudukan surau ini begitu strategik untuk dikunjungi kerana ia terletak berhampiran laluan jalan utama berhampiran di kawasan perumahan. Laluan ini juga menyediakan kemudahan akses ke kawasan kedai, restoran, kompleks membeli-belah dan stesen minyak.
                                     III.                        Ketiadaan masjid yang bersaiz besar di dalam lingkungan 1.5KM radius dari Surau Al-istiqamah ini dan kedudukan masjid lain yang berdekatan iaitu Masjid Taman Perling yang jauhnya pula adalah lebih dari 1.5KM dari masjid ini serta ianya hanya boleh menampung kapasiti 800 jemaah dalam satu-satu masa
                                     IV.                        Keperluan menjalankan program dan aktiviti-akyiviti keagamaan yang lebih tersusun dan teratur hanya akan dapat dilaksanakan dengan lebih efektif jika bangunan surau dilengkapkan dengan ruang–ruang kegunaannya yang mencukupi serta disediakan dengan kemudahan yang lebih terancang.
                                        V.                        Kondisi bangunan surau yang sediada juga sudah dimakan usia serta terlalu sempit dan tidak tersusun perancangan kegunaan ruangnya, menyebabkan ia tidak selesa untuk digunakan.

4.3              Projek menaiktaraf surau iniakan dibuat bersebelahan dengan surau yang sediaada. Kawasan lapang bersebelahan surau sedia ada adalah merupakan tapak lokasi tersebut. Rujuk lampiran yang disediakan.

4.4              Disertakan pelan layout menaiktaraf SurauAl-istiqamah, Jalan Layang.Rujuk lampiran yang disediakan.

5.0              SUMBER PEMBIAYAAN

5.1              Dana pembinaan semula Masjid ini akan lebih tertumpu kepada sumbangan orang ramai seperti sumbangan daripada sektor korporat dan sumbangan daripada penduduk qariah setempat.

Beberapa cadangan bagi pengumpulan dana akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kecil Pembinaan menaiktaraf Surau Al-istiqamah ini untuk merealisasikan harapan dan impian penduduk-penduduk  Islam di kawasan ini untuk menaiktarafkan surau tersebut agar menjadi sebuah tempat ibadah yang lebih selesa dan mudah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan di atas tapak sedia ada. Diantara cadangan pengumpulan dana tersebut adalah :-

·         Mengadakan kutipan derma daripada dermawan individu.
·         Memohon sumbangan daripada syarikat swasta dan badan korporat.
·         Memohon sumbangan daripada Qariah Surau dan penduduk sekitar serta
·         persatuan-persatuan.
·         Mengadakan jualan amal dan juga siri-siri Ceramah Perdana .


5.2              Ahli Jawatankuasa Kecil Pembinaan menaiktaraf Surau Al-istiqamah telah bersetuju mensasarkan anggaran kos sebanyak RM 3 juta bagi menampung projek menaiktaraf surau Al-istiqamah ini.

6.0              SOKONGAN TERHADAP PEMBINAAN SURAU

6.1              Projek menaiktaraf Surau Al-istiqamah telah mendapat perhatian daripada banyak pihak. Pihak-pihak tersebut telah memberikan sokongan penuh terhadap projek menaiktaraf surau ini. Berikut adalah senarai sokongan yang telah diterima:-








 

0 comments :

Post a Comment